key to success

key to success

Saturday 27 July 2013

aku tetap menantimu.....


Allah mengetahui segalanya.. :')

Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa.  Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya.  Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya.  Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.

Rindu Seorang Zaujah

‘Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesabaran dan keikhlasan’
Duhai bakal imamku, andai dirimu resah dalam penantianmu menungguku, pergilah kau kepadaNya, berdoalah kepadaNya agar ditenangkan hatimu kerana Dia pemilik nyawaku. 
Duhai bakal imamku, miliki jiwaku keranaNya, miliki hatiku keranaNya, miliki cintaku keranaNya. aku disini akan memelihara hatiku untukmu. insyaAllah. 
Duhai bakal imamku, engkaulah yang bakal membimbingku. Engkaulah yang akan mengemudi bahtera kehidupan kita. maka, persiapkan dirimu dengan ilmu yang benar agar engkau kuat nanti. Aku akan berada disisimu wahai bakal imamku. 
Duhai bakal imamku, tidak ku minta emas permata darimu, tidak ku tunggu istana darimu, cukuplah satu lafaz setiamu kepadaku untuk mencintaiku kerana agamaku. Cukuplah satu mahar darimu untukku kerana DIA.. 
Duhai hati, bersabarlah kerana bakal imammu & makmummu sedang mempersiapkan dirinya untuk kamu. Andai ditakdirkan dia jodohmu, maka terimalah dia seadanya.